‘SUDAH TERBAIK’
Pena Bunga
September 2019
Pena Bunga
September 2019
Tuhan itu tahu apa yang terbaik,
Kalau pun kamu merasakan sebaliknya,
Tetap saja di penghujungnya
Kamu dinilai sudah terbaik.
Coretan ini buat kamu yakin,
Bahawa sesungguhnya kamu
bukannya si malang,
Yang tertinggal di daerah sendiri.
Tetapi kamu lah insan terpilih
Yang dilihat Tuhan kerna
Kekuatanmu, semangatmu.
Suasana malam dingin nan sepi
Membuatkan kamu selalu terfikir,
Apa benar dipenghujungnya,
Kamu dilayan seperti sang penghibur?
Dilemparkan kata-kata manis.
Diselimuti dengan sutera emas.
Percayalah,
Layanan Tuhan terhadapmu
Maha Besar.
Dan itulah sebaik-baik layanan.
No comments:
Post a Comment